Tuesday, May 10, 2011

surah al qiyamah

  • Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).
    75-1:  Aku (Allah) bersumpah dengan hari kiamat.
    75-2:  Dan Aku (Allah) bersumpah dengan “nafsu lawwamah” (jiwa yang amat menyesali dirinya sendiri).
    75-3:  Apakah manusia mengira, bahawa Kami (Allah) tidak akan mengumpulkan tulang belulangnya? 
    75-4:  Bahkan Kami (Allah) berkuasa menyempurnakan jari-jemarinya dengan sempurna. 
    75-5:  Bahkan manusia itu hendak membuat maksiat terus menerus.
    75-6:  Dia bertanya: "Bilakah hari kiamat itu?" 
    75-7:  Maka apabila mata terbelalak.
    75-8:  Dan apabila bulan hilang cahayanya.
    75-9:  Dan matahari dan bulan dikumpulkan.
    75-10:  Pada hari itu manusia berkata: "Ke mana tempat lari?"
  • 75-11:  Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!
    75-12:  Hanya kepada Rab (Tuhan) engkau sahajalah pada hari itu tempat kembali yang kukuh.
    75-13:  Akan diberitahukan kepada manusia pada hari itu apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya. 
    75-14:  Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri.
    75-15:  Meskipun dia mengemukakan berbagai keuzuran. 
  • 75-16:  Maka janganlah engkau menggerakkan lidah engkau kerana hendak bersegera dengannya.
    75-17:  Sesungguhnya atas Kami (Allah) mengumpulkannya dan membacanya.
    75-18:  Maka apabila Kami (Allah) telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu.
    75-19:  Kemudian sesungguhnya atas Kami (Allah) penjelasannya.
  • 75-20:  Sekali-kali tidak! Bahkan kamu mencintai yang cepat (kehidupan dunia).
    75-21:  Dan meninggalkan akhirat. 
    75-22:  Wajah-wajah (orang Mukmin) pada hari itu berseri-seri.
    75-23:  Kepada Rab (Tuhan)nya (mereka) melihat. 
    75-24:  Dan wajah-wajah (orang kafir) pada hari itu muram.
    75-25:  Dia mengira akan ditimpakan kepadanya malapetaka yang amat dahsyat.
  • 75-26:  Sekali-kali tidak! Apabila (nafas) telah sampai ke kerongkong.
    75-27:  Dan dikatakan: "Siapakah yang dapat menyembuhkan?" 
    75-28:  Dan dia menyangka sesungguhnya itulah waktu perpisahan.
    75-29:  Dan bertaut betis (kiri) dengan betis (kanan).
    75-30:  Kepada Rab (Tuhan) engkau pada hari itu tempat kembali.
    75-31:  Maka tidaklah dia membenarkan dan tidaklah dia solat. 
    75-32:  Tetapi dia mendustakan dan berpaling.
    75-33:  Kemudian dia pergi kepada ahlinya dengan sombong.
    75-34:  Kecelakaanlah bagi kamu dan kecelakaanlah.
    75-35:  Kemudian kecelakaanlah bagi kamu dan kecelakaanlah.
  • 75-36:  Apakah manusia mengira, bahawa dia akan dibiarkan begitu sahaja? 
  • 75-37:  Bukankah dia dahulu setitik mani yang ditumpahkan? 
  • 75-38:  Kemudian ia menjadi segumpal darah, lalu Dia (Allah) menciptakannya dan menyempurnakannya.
  • 75-39:  Lalu Dia (Allah) menjadikan daripadanya sepasang, laki-laki dan perempuan.
  • 75-40:  Bukankah yang demikian berkuasa menghidupkan yang mati?
  •  

No comments:

Post a Comment